PRODUK TERLARIS ING MEDICAL KAD - INSURANS PEKERJA





FAEDAH-FAEDAH INSURANS PEKERJA YANG DITAWARKAN OLEH ING INSURANCE BERHAD.



"Menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah merupakan satu cabaran bagi mana-mana majikan. Sebagai majikan, anda tentu sedar bahawa pekerja anda adalah nadi syarikat anda. Adalah amat penting bagi menjaga kepentingan pekerja-pekerja anda. Dengan melabur dalam ING SMI Plan, anda memastikan kebajikan para pekerja terpelihara".

ING SMI PLAN direka khas bagi menguruskan pelan-pelan faedah pekerja dalam Industri Kecil dan Sederhana; terutama untuk 5-100 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak terjangka seperti kematian / kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan yang tinggi.

Sebagai peneraju Insurans Faedah Pekerja, biarkan kami membantu anda untuk melindungi dan menjaga aset anda yang paling berharga – iaitu PARA PEKERJA SYARIKAT ANDA.



"Sebelum membeli sebarang Produk Insurans Kesihatan dan Perubatan (MHI), anda hendaklah memastikan bahawa anda faham dengan segala asas dan ciri-ciri penting produk ini; dan semua maklumat penting mengenai polisi ini telah didedahkan kepada anda".





FAEDAH ASAS PERUBATAN UNTUK PEKERJA ANDA
Kemasukan Ke Hospital.
------------------------------------------------------------------





Jagalah para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukkan ke hospital jika sesuatu berlaku kepada mereka. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang memadai dimasa ianya diperlukan.

Terdapat empat (4) pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM10,000 hingga ke RM100,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai untuk pekerja anda.

Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan para pekerja.





CIRI-CIRI


----------------------



Akses Ke Penjagaan Perubatan Tanpa Bayaran TUNAI
Perlindungan penjagaan perubatan pesakit luar disediakan tanpa bayaran tunai kepada pekerja / tanggungan yang Diinsuranskan di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara dan seluruh dunia. Dengan menunjukkan kad ID Ahli ING berserta dengan Kad Pengenalan / Paspot, pekerja / tanggungan yang Diinsuranskan akan menikmati kemudahan dan akses mudah ke penjagaan pesakit luar.

Semasa kemasukkan ke hospital, pekerja / tanggungan yang Diinsuranskan akan terus menikmati kemudahan tanpa bayaran tunai kerana ING menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat Jaminan / Guarantee Letter (SJ / GL) kepada hospital. Perkhidmatan (SJ/GL) ini adalah pilihan dan disyaratkan kepada premium yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses yang sungguh mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara dan di seluruh dunia.

Pusat Panggilan 24 jam
Wakil perkhidmatan pelanggan kami bersedia untuk membantu anda. Dengan menghubungi talian ING TOLFREE 1-800-88-7818, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perlindungan yang telah anda beli. Kami berkhidmat 24 jam sehari setiap masa, setiap ketika untuk anda.

Jenis Pelan Yang Fleksibel
Pilih pelan perlindungan perubatan dan hayat sementara yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan sangat mengikut kemampuan anda.



Employee Benefits
Corporate Insurance
"Give your Employees the Best. And
they will give you theirs"